Ini kisah saya

Nama saya Muhammad Hafidz Zakaria. Saya sudah berusia 30 an dan sudah bekeluarga. Latarbelakang pendidikan saya adalah saya merupakan lulusan Universiti Malaya dalam bidang Pengajian Islam dan Sejarah.Boleh dikatakan saya adalah bukan dari bidang IT.

Bermula 2018, saya mula mendalami dunia web setelah terbeli satu online course yang berkaitan dengan cara-cara bina website melalui wordpress. Setelah itu sedikit demi sedikit minat saya terhadap web semakin menebal dalam diri saya. Dengan hasil mendalami wordpress, saya mula menjalankan servis freelance secara kecil-kecilan. Alhamdulilah sehingga sekarang masih lagi menjalankan servis ini kepada orang ramai.

Harapan saya untuk bootcamp kali ini, saya dapat meningkatkan skill dan kemahiran coding supaya dapat job offer dengan bayaran yang lebih baik disamping menarik klien-klien baru dari syarikat -syarikat besar. Doakan saya.

Ini to-do saya untuk berjaya dalam bootcamp ini :

  1. Mewajibkan sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari untuk belajar codings
  2. Mengulang video rakaman untuk kefahaman lebih mendalam setiap 2 hari
  3. Mmengulangkaji bersama rakan-rakan study group setiap sabtu malam
  4. Meletakkan matlamat yang jelas untuk menjadi fulltime programmer

Ketika Anda Rasa Mengalah dan Mahu Berhenti, Fikirkan Kembali Kenapa Anda Bermula